Main article

Suraya Amirrudi
Normaliza Abd Rahim

Abstract

Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya. Pengetahuan bahasa sememangnya sesuatu yang amat penting dalam aktiviti komunikasi dalam masyarakat. Bahasa yang dikuasai seseorang individu melambangkan identiti dan jati dirinya. Pengetahuan bahasa tidak hanya terbatas kepada satu bahasa sahaja malah masyarakat digalakkan untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Pelopor-pelopor dalam bidang penterjemahan ini sebulat suara menyatakan penterjemah yang baik mesti menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran sebaik mungkin termasuk segala aspek linguistik bahasa sumber. Proses menterjemah sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain merupakan perkara yang agak rumit. Tahap kepakaran yang tinggi diperlukan agar maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima dengan mudah oleh pembaca sasaran dan dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis sajak-sajak dan teks-teks yang telah diterjemah oleh sekumpulan pelajar dari sebuah univerisiti awam di Lembah Kelang. Kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti ialah pemilihan kaedah penterjemahan, makna/diksi (leksikal) dan struktur frasa atau ayat (struktural). Keputusan menunjukkan (lima daripada enam kumpulan,) ahli-ahli kumpulan melakukan kesalahan-kesalahn tersebut. Hanya kumpulan tiga sahaja yang kurang melakukan kesalahan didalam tugasan mereka. Di dalam perbincangan dan perkaitan dengan teori, didapati ahli-ahli kumpulan tiga majoritinya boleh berhasa Inggeris dengan baik. Perbandingan diantara pelajar-pelajar yang mahir menggunakan kedua-dua bahasa dengan yang tidak ini jelas kelihatan. 

Article details

How to Cite

Amirrudi , S. ., & Rahim , N. A. . (2020). ANALISIS TEKS MELALUI PENTERJEMAHAN DUA BAHASA. International Journal of Infrastructure Research and Management, 8(1), 124-132. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2020.080110