Main article

Suraya Amirrudi
Normaliza Abd Rahim

Abstract

Dalam membicarakan soal wacana perbualan di kalangan kanak-kanak autisme ini, terdapat beberapa pendekatan telah digunakan dalam menginterpretasi kekurangan dalam komunikasi yang secara tidak langsung telah membayangkan masalah kekurangan daya kognitif yang serius. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif. Sebuah sekolah rendah kebangsaan telah dipilih sebagai tempat untuk mendapatkan sampel kajian. Kanak-kanak autisme yang dipilih ialah seramai 13 orang dengan lapan orang kanak-kanak perempuan dan lima orang kanak-kanak lelaki. Usia kanak-kanak ini ialah 9 hingga11 tahun. Tiga alat kajian digunakan dalam mendapatkan data. Alatalat kajian yang digunakan ialah cerita sosial dan soalan temubual yang separa berstruktur. Untuk menerangkan kajian ini dengan lebih terperinci, satu taksonomi telah digunakan iaitu Taksonomi Strategi Komunikasi (Tarone, 1980). Penemuan yang ditemukan dalam kajian ini mendapati kesemua 13 kanak-kanak autisme ini telah menunjukan gaya kestabilan yang baik dalam memperolehi strategi-strategi komunikasi yang telah ditetapkan oleh taksonomi tersebut terutamanya strategi terjemahan iaitu literal transfer (menterjemahkan setiap perkataan) dan language switch (menggunakan terma bahasa utama). Secara keseluruhannya juga kanak-kanak autisme ini telah mempamerkan kebolehan mereka hasil bantuan cerita sosial yang merupakan alat intervensi utama untuk kajian ini. Akhirnya, kajian ini dapat menghasilkan sebuah repetoar (senarai ujaran dan isyarat) hasil daripada perbandingan strategi berkomunikasi bagi keguanaan kanak-kanak autisme diluar sana. Pada kesimpulannya, tiada formula magis untuk mengajar kanak-kanak pembelajaran khas ini. Ilmu yang dapat dikongsikan disini lebih berbentuk kebarangkalian ungkapan, strategi komunikasi dan cerita sosial yang boleh diguna pakai secara konsisten untuk mendapat hasil yang baik.

Article details

How to Cite

Amirrudi, S. ., & Rahim, N. A. . (2020). TERJEMAHAN SEBAGAI STRATEGI BERKOMUNIKASI DALAM WACANA PERBUALAN MELALUI CERITA SOSIAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK AUTISME DI MALAYSIA. International Journal of Infrastructure Research and Management, 8(1), 112-123. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2020.080109