Main article

Siti Nursyakirah Saharudin
Normaliza Abd Rahim
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
Roslina Abu Bakar

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang rata-rata menjelaskan bahawa kajian tentang cerita rakyat melalui animasi Pekaka Bercerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sehingga kini, belum ada kajian yang menyeluruh terhadap cerita rakyat berbentuk animasi. Hal ini demikian kerana, dengan adanya wujud ruang ilmiah yang menuntut kepada satu pengkajian ilmiah khusus. Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, kajian ini berhasrat untuk mengisi ruang tersebut dengan meneliti tentang cerita rakyat animasi terbitan DBP ini. Kajian ini menggariskan dua objektif utama, iaitu mengenal pasti dan membincangkan wacana skrip cerita rakyat elemen andaian. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian menganalisis data. Selanjutnya, kajian ini menerapkan dengan menggunakan teori wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2019) yang menekankan elemen ketiga iaitu elemen andaian dalam menganalisis cerita rakyat animasi Akim Yang Cerdik dan Cengkih. Selain daripada itu, data-data skrip animasi cerita rakyat tersebut didokumentasikan dalam bentuk bertulis bagi tujuan analisis. Hasil dapatan kajian ini berhasil menerapkan nilai-nilai cerita rakyat dalam kalangan msyarakat terutamanya murid sekolah rendah. Kesimpulannya, animasi cerita rakyat Pekaka Bercerita dapat diterima masyarakat kini meskipun telah diadaptasikan dalam pelbagai bentuk animasi. Diharapkan kajian akan datang dapat memberi fokus terhadap cerita rakyat ini terutamanya dalam bentuk animasi. 

Article details

How to Cite

Saharudin, S. N. ., Rahim, N. A. ., Affendi , N. R. N. M. ., & Bakar , R. A. . (2020). ANIMASI CERITA RAKYAT PEKAKA BERCERITA AKIM YANG CERDIK DAN CENGKIH. International Journal of Infrastructure Research and Management, 8(1), 100-111. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2020.080108