Main article

Nur Firza Shafiqa Khalid
Normaliza Abd Rahim
Roslina Mamat

Abstract

Penggunaan media sosial Instagram kini amat mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira golongan dan pangkat. Hal ini juga termasuklah individu kenamaan seperti artis, kerabat diraja dan juga ahli politik. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan penggunaan Instagram dalam kalangan ahli politik berdasarkan pandangan mahasiswa dengan berpandukan dua objektif iaitu mengenal pasti tahap penggunaan Instagram dalam kalangan mahasiswa dan menghuraikan pandangan mahasiswa terhadap penggunaan Instagram dalam kalangan ahli politik. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif atau kolerasi ini menggunakan kaedah survei terhadap 100 orang mahasiswa yang dipilih secara rawak daripada Bacelor Sastera, Universiti Putra Malaysia dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi memperolehi data. Item kajian merangkumi personaliti diri, keprihatinan sosial dan juga pendapat kendiri yang telah dinilai dalam bentuk skala iaitu SangatTidakSetuju(STS), TidakSetuju(TS), HampirSetuju(HS), Setuju(S) dan juga SangatSetuju(SS) bagi memperoleh perbandingan paling tinggi dan paling rendah dalam kajian ini. Bagi kajian kualitatif, seramai 10 mahasiswa yang juga ditandai sebagai subjek 
1 hingga subjek 10 (S1-S10) dalam kalangan responden telah dipilih untuk ditemu bual bagi menguatkan lagi dapatan objektif pertama dengan menggunakan Teori Analisi Wacana. Hasil kajian bagi objektif pertama dapat dirumuskan bahawa sebilangan mahasiswa kini gemar menggunakan Instagram untuk mencari sesuatu informasi namun bukan perkara berkaitan politik manakala hasil bagi objektif kedua menunjukkan kebanyakan mahasiswa tidak gemar untuk menulis di ruangan komen di Instagram ahli politik. Kajian ini memberi implikasi untuk menarik minat dan memberi galakan kepada anak muda khususnya mahasiswa untuk 
melibatkan diri dengan dunia politik seiring dengan kemajuan dan perkembagan teknologi kini. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan bahawa kajian ini dapat diteruskan dengan memberikan penekanan terhadap subjek (figura) dan juga penggunaan media sosial yang lain yang lain.

Article details

How to Cite

Khalid, N. F. S. ., Rahim, N. A., & Mamat, R. . (2019). PENGGUNAAN INSTAGRAM DALAM KALANGAN AHLI POLITIK DI MALAYSIA. International Journal of Infrastructure Research and Management, 7(2), 115-129. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2019.070212