Main article

Noraini Zainal Abidin
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
Maizatul Akma Aziz

Abstract

Kecerdikan seseorang itu boleh diperhatikan melalui sikap dan tindakan yang dilakukan olehnya. Dalam hal ini, kepandaian yang ada pada seseorang boleh dikenal pasti sejak dari peringkat kanak-kanak lagi. Maka, kajian ini berfokuskan kepada hal dan sifat yang melambangkan kecerdikan oleh watak kanak-kanak yang terdapat dalam 
cerita rakyat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, terdapat isu yang mempertikaikan bahan bacaan kanak-kanak iaitu cerita rakyat sudah lapuk dan tidak menyumbang apa-apa kepada pembacanya. Malah, terdapat juga pandangan yang menegaskan bahawa cerita rakyat telah membawa imaginasi kanak-kanak ke alam fantasi dan jelas menampakkan kebodohan serta mendedahkan pelbagai nilai negatif kepada kanak-kanak. Sedangkan, cerita rakyat kaya dengan aspek kebijaksanaan yang perlu didedahkan dalam bahan bacaan kanak-kanak. Selain itu, kajian ini akan mengenal pasti imej kecendekiaan kanak-kanak yang terdapat di dalam ‘Koleksi Terpilih Cerita Rakyat Malaysia’ dan menganalisis hal dan sifat kecerdikan dengan menggunakan pendekatan pengurusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kecerdikan yang diwakili oleh golongan kanak-kanak tradisi menyumbang kepada pengalaman pembaca kanak-kanak untuk mengatasi situasi ataupun perkara yang sukar. Maka, diharapkan kajian ini dapat membuka minda masyarakat untuk memberi ruang kepada golongan kanak-kanak bagi merangsang minda mereka dalam melakukan sesuatu.

Article details

How to Cite

Abidin, N. Z. ., Affendi, N. R. N. M. ., & Aziz , M. A. . (2019). IMEJ KECENDEKIAAN DALAM CERITA RAKYAT KANAK-KANAK MALAYSIA. International Journal of Infrastructure Research and Management, 7(2), 43-52. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2019.070205