Main article

Nursyaqinah Sakala
Normaliza Abd Rahim
Hazlina Abdul Halim

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan kohesi dalam skrip cerita pendek iklan Hari Raya. Kajian ini dilakukan bagi mencapai dua objektif yang utama, iaitu mengenal pasti kohesi yang digunakan dan 
membincangkan kohesi yang dominan dalam skrip cerita pendek iklan Hari Raya Aidilfitri. Skrip cerita pendek iklan Hari Raya Aidilfiti oleh stesen radio ERA fm di YouTube telah dipilih sebagai bahan utama kajian ini. 
Iklan ini dimuat turun dan kemudiannya ditranskripkan bagi memudahkan proses penganalisisan data. Kajian ini berasaskan Teori Analisis Kohesi oleh Halliday & Hasan (1976) yang tergolong daripada kohesi gramatikal dan 
kohesi leksikal. Seterusnya, kajian ini berbentuk kuantitatif. Iklan yang terpilih dianalisis untuk mendapatkan jenis kohesi dan penggunaan kohesi yang tertinggi yang digunakan di dalam iklan tersebut. Berdasarkan data 
kajian, dapat disimpulkan bahawa skrip cerita pendek iklan Hari Raya Aidilfitri terdapat empat aspek kohesi gramatikal dan didominasi dengan penggunaan aspek rujukan sebanyak 81.96%, aspek kata hubung sebanyak 13.11%, aspek pengguguran sebanyak 4.09% dan aspek penggantian sebanyak 0.81%.  Selain itu, terdapat kohesi leksikal jenis pengulangan dalam wacana ini dengan penggunaan aspek kata yang sama 46.66%, aspek sinonim 26.67% dan aspek superordinat 26.67%. Manakala kohesi leksikal jenis kolokasi tidak terdapat di dalam bahan kajian. Kajian ini memberi manfaat kepada penulis skrip cerita pendek bagi sesebuah iklan, pelajar dan penyelidik serta diharapkan supaya bertumpu kepada iklan bagi perayaan yang lain. 

Article details

How to Cite

Sakala, N. ., Rahim, N. A. ., & Halim , H. A. . (2019). PENGGUNAAN KOHESI DI DALAM SKRIP CERITA PENDEK IKLAN HARI RAYA AIDILFITRI DI YOUTUBE. International Journal of Infrastructure Research and Management, 7(2), 31-42. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2019.070204