Main article

Nor Hasmida Hilmi
Normaliza Abd Rahim
Mohd Azidan Abdul Jabar

Abstract

Adaptasi merupakan satu proses penyesuaian dengan keadaan sebelumnya atau berbeza. Hal ini sama dengan transformasi daripada drama ke novel, novel ke filem, filem ke novel dan lain-lain. Kajian ini mengenai sebuah drama popular berjudul Nur yang kemudian diadaptasikan ke novel.   Kajian ini tertumpu tentang persamaan dan 
perbezaan plot yang ada di dalam kedua-dua media, bercetak dan audio-video-visual (AVV).  Melalui kajian ini dapat dilihat melalui adaptasi drama ke novel ada pengekalan dan perbezaan dari segi plotnya yang pengkaji 
mahu tonjolkan khususnya drama Nur ini. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti persamaan dan membincangkan perbezaan di dalam drama dan novel Nur. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif.  Jadi pengkaji 
menganalisis skrip drama dan novel Nur untuk mengumpul data. Bahan kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah drama dan Novel Nur untuk dianalisiskan. Pengkaji terlebih dahulu menonton drama serta membaca novel tersebut untuk menganalisis bahagian atau babak yang ada persamaan dan perbezaan. Pengkaji menggunakan pendekatan analisis wacana (Normaliza Abd Rahim,2018) sebagai panduan kajian ini. Melalui kajian ini, terdapat pengekalan dan perubahan dilakukan oleh pihak pengarah serta penulis. Jadi, kajian ini jelas menunjukkan adaptasi ini mempunyai persamaan dan perbezaan dalam sesuatu karya seni. Dengan itu, kajian ini dapat memberi ilmu kepada masyarakat mengenai proses adaptasi sama ada kebanyakan berlaku rombakan dari sudut jalan cerita atau hanya sesetengah sahaja diubah mengikut persepakatan penulis novel dan pengarah drama. 

Article details

How to Cite

Hilmi, N. H. ., Rahim, N. A. ., & Jabar , M. A. A. . (2019). PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PLOT DI DALAM NOVEL DAN DRAMA NUR DARI SUDUT WACANA. International Journal of Infrastructure Research and Management, 7(2), 17-30. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2019.070203