Main article

Juliana Rosmida Jaafar
Nurul Hazwani Kamarudin
Noor Hidayu Zakaria

Abstract

Keperluan bagi merekrut golongan muda terlibat sebagai penderma darah adalah penting untuk memastikan bekalan darah negara berada dalam tahap yang optimum. Justeru itu, kempen galakan menderma darah perlu 
mengenal pasti trait-trait psikologi bagi individu Penderma Darah (PD) dan Bukan Penderma Darah (BPD) bagi golongan berkenaan. Melalui kempen-kempen galakan menderma darah dengan trait-trait psikologi yang 
lebih bersesuaian, maka lebih ramai BPD boleh direkrut menjadi PD. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan trait psikologi bagi PD dan BPD dalam kalangan pelajar di Infrastructure 
University Kuala Lumpur (IUKL). Kajian reka bentuk korelasi ini menggunakan kaedah survei untuk mendapatkan data, di mana responden telah dijemput untuk menjawab item secara atas talian. Item kajian merangkumi trait-trait psikologi seperti sikap terhadap aktiviti menderma darah, norma subjektif, efikasi diri, ihsan, keprihatinan sosial, identiti sebagai penderma darah, jangkaan penyelesalan dan niat menderma darah. Seramai tujuh puluh satu (71) orang pelajar universiti telah terlibat dalam kajian ini (PD = 32, BPD = 39). Hasil ujian-t mendapati bahawa kedua-dua kumpulan ini berbeza secara signifikan dalam aspek niat menderma darah, keprihatinan sosial dan identiti sebagai penderma darah. Kajian ini memberi implikasi bahawa kempen galakan menderma darah yang bertujuan menarik minat golongan BPD perlu memberi fokus terhadap pengukuhan aspek keprihatinan sosial serta dorongan pembinaan identiti diri sebagai PD. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mencadangkan bahawa trait psikologi golongan muda mempunyai 
hubungan yang signifikan terhadap niat menderma darah. Fokus kajian akan datang boleh memberikan tumpuan kepada keberkesanan kempen galakan menderma darah yang memberikan tumpuan terhadap aspek 
keprihatianan sosial dan identiti sebagai penderma darah. 

Article details

How to Cite

Jaafar, J. R. ., Kamarudin , N. H. ., & Zakaria , N. H. (2019). KAJIAN AWALAN TERHADAP PERBEZAAN TRAIT PSIKOLOGI PELAJAR PENDERMA DARAH DAN BUKAN PENDERMA DARAH DI   INFRASTRUCURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR (IUKL). International Journal of Infrastructure Research and Management, 7(2), 8-16. https://doi.org/10.63646/j.ijirm.2019.070202